Sunday, September 29, 2019

aku wafi

Ahad, 29 September 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

          Aku mulakan blog ini dengan serangkap pantun...

bawak kereta laju-laju kena saman,
bila bayar habis duit saku,
ini blog tak ada kena mengena dengan akhir zaman,
tapi ini blog cerita pasal biodata aku.


               Nama aku Muhammad Aiman Wafi bin Ahmad Dzulkarnain. Umur 20 tahun. Aku dilahirkan di Pahang tetapi aku dibesarkan di Kedah. Aku menetap di Sik, Kedah. Aku ada 4 adik beradik dan aku yang bongsu. Disebabkan aku dibesarkan di Kedah, aku akan menambah loghat utara di dalam blog aku ini.

Ok sekarang aku nak cerita tentang pengajian aku pulak.

   


Dari tahun 2007 hingga 2012 aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Chepir. Sekolah aku tu dekat ja dengan rumah aku. Kiranya kalau aku jalan kaki mungkin dalam 10 minit. Time sekolah rendah, aku antara top 10 pelajar paling bijak. HAHAHAHAHA...Kiranya aku ini antara golongan yang berpotensi nak dapatkan 5A time UPSR la...tapi itu la, aku dapat 4A 1B ja...subjek matematik aku dapat B. Mungkin sebab aku selalu 'fly' kelas tambahan mungkin.




dengan keputusan sebegitu, aku ditawarkan pengajian di maktab mahmud alor setar. sekolah ini beraliran agama. sebenarnya aku tak nak masuk tetapi setelah dipaksa setiap hari setiap malam oleh mak bapak aku, last-last aq masuk juga. ada 7 blok kesemuanya di maktab mahmud. blok 1 hingga 4 adalah blok lelaki dan selebihnya blok perempuan. so kalau nak berjumpa perempuan time perhimpunan atau ada event tertentu. so sekali jumpa perempuan memang akan jadi jakun la..hahahahhahah. time di maktab mahmud aku juga antara top 10 pelajar yang dikenali tapi bukan disebabkan akedemi tapi sebab aku kerap masuk pejabat. hahahahhahahha. memang aku kena cop muka wanted ngan pelajar bermasalah. mungkin disebabkan aku selalu ponteng kelas dan kerap habiskan waktu di cyber cafe.sebatan, tampar dimuka tu macam perkara biasa bagi aku.disebabkan aku banyak bermain, akhirnya result SPM aku tak berapa bagus. so aku sambung belajar di peringkat STPM.

                                                      


Sewaktu belajar di STPM, aku cuba jadi budak yang low profile. mungkin sebab mak cik aku ada disitu sebagai tenaga pengajar. korang try la bayangkan, kalau aku timbulkan masalah confirm mak cik aku terus report kepada mak bapak aku. disebabkan kelakuan baik aku seperti orang yang beriman,result STPM aku agak memberangsangkan walaupon cukup-cukup makan. result STPM yang aku dapat hanya 3.10. walaupon ala kadar, aku tetap bersyukur atas nikmat tersebut. lain la macam korang, dapat tinggi dari aku tak bersyukur dan mengeluh. ' apasal tak dapat 4flat, punya la study siang malam, dapat ini ja? lantak korang la. so berbekalkan 3.10 aku dapat menyambung pengajian ke peringkat ijazah muda. dan aku ditawarkan penagjian di UKM.



sebenarnya aku tak mengharap untuk sambung belajar di UKM, sebab aku sedar pointer aku cukup-cukup makan. tapi cikgu aku suruh juga isi UKM dalam Upu. so aku redho ja la. first choise aku sebenarnya UPSI. aku memang nak jadi tenaga pengajar tapi aku gagal dalam ujian MEDSI. so hasrat aku terkubur begitu sahaja. reaksi aku bila aku dapat tahu aku dapat sambung belajar di UKM memang terkejut level 44 dan tak percaya la. sebab kebanyakkan kawan aku yang pointer lagi tinggi dari aku tak ditawarkan di UKM. HAHAHAHAHA. sapa suruh korang tak bersyukur sangat. bila aku sampai di UKM ni memang jadi kejutan budaya. bayangkan budak kampung masuk bandar. so perjalanan aku di UKM masih jauh dan panjang. kalau diberikan masa aku akan update cerita tentang aku di UKM.



GERAK DULU PAPA ROGER LAIN
ASSALAMUALAIKUM.