Assalamualaikum
Berjumpa lagi kita di blog aimanwafi99
Seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan serangkap pantun...
Bakar ayam mnggunakan bara,
Harini aku nak cerita tentang mee segera
Mee segera tidak asing lagi dengan kehidupan para pelajar zaman kini. Mee segera menjadi makanan pelajar disebabkan mudah untuk dimasak dan faktor harganya yang mampu milik. Tabiat memakan mee segera secara berlebihan mengundang pelbagai masalah dan penyakit. Contohnya boleh mendatangkan kanser.
Dunia dikejutkan dengan seorang remaja dari Taiwan menghidap kanser perut akibat memakan mee segera secara berlebihan.Menurut laporan, remaja berkenaan mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat itu sejak dari sekolah menengah lagi. Selepas tamat dari sekolah menengah dan berjaya masuk ke universiti, dia mula menyedari sesuatu.
Dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti perut kembung, rasa loya dan sakit perut yang membuatkan keluarganya berasa risau dan bimbang akan keadaannya kerana tidak bertambah baik dari masa ke semasa.
Remaja itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Namun ahli keluarganya berasa terkejut apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser perut tahap kritikal. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk remaja itu bertahan lama adalah amat tipis kerana sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ yang lain.
Selepas bertarung dengan penyakit kanser selama kira-kira setahun lebih, remaja itu akhirnya meninggal dunia.
Selain itu juga, mee segera tidak elok untuk diamalkan sewaktu minggu peperiksaan. Hal ini kerana,ia akan menyebabkan otak menjadi lemah dan lembap. Hal ini menyebabkan kesukaran bagi pelajar untuk menghafal atau mengulang kaji mata pelajaran. Namun begitu, korang jangan menyalahkan mee segera menjadi penyebab korang fail dalam peperiksaan. Korang yang tak study tapi korang salahkan mee segera pulak. AMBOI !!!
Akhir sekali, bagi korang yang ingin diet, jangan lah sesekali memakan mee segera. Hal ini kerana,mee segera mempunyai jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan obesiti. Mee segera merupakan antara makanan yang susah untuk dihadam. Hal ini menyebabkan proses penghadaman tidak teratur dan menyebabkan berat badan anda akan meningkat.
Oleh itu, kurangkan lah makan mee segera. Makanlah makanan yang berzat agar tubuh badan tidak mudah diserang penyakit. Korang nak pakai tubuh badan korang tu bukan setahun dua tahun ja. So jaga lah tubuh badan anda dengan sebaik-baiknya kerana ia merupakan tanggungjawab anda yang diamanahkan oleh Allah SWT.