Tuesday, October 1, 2019

solat itu wajib

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

berjumpa lagi kita pada harini.
seperti biasa sebelum aku start blog ni, aku akan bagi hampa semua pantun

pergi kehutan menahan jerat
sambil memetik tumbuhan yang subur
tajuk blog harini tentang solat
sebab perkara ini akan disoal didalam kubur

ok... solat merupakan tiang agama didalam islam. solat juga merupakan rukun islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. hukum mengerjakan solat adalah wajib, so bagi sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja akan mendapat dosa. dalam kehidupan seharian,hanya 5 waktu sahaja yang perlu kita dirikan. contohnya subuh, zohor, asar,magrib, dan isyak. 5 waktu ja pon, tu pon ada juga orang yang tinggalkan solat. padahal tiada seruan yang lebih penting melainkan seruan menunaikan solat .kadang -kadang disebabkan leka dengan bermain handphone sampai ada yang tertinggal solat ataupon melewatkan solat. akhir zaman katakan.

sejarah tentang solat bermulanya dengan nabi Muhammad di mikraj ke langit ke 7. pada awalnya Allah telah memerintahkan nabi untuk mengerjakan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. lalu baginda turun ke langit ke 6 dan berjumpa dengan nabi Musa. nabi Musa menyuruh baginda untuk naik semula ke langit ke 7 bagi meminta pengurangan kuantiti solat kerana umat nabi Musa pon tak mampu untuk beribadat sebegitu apatah lagi umat baginda Muhammad. akhirnya setelah beberapa kali naik dan turun, termaktublah bahawa solat fardu sebanyak 5 waktu sahaja. itu pon ramai tak mengerjakan ibadat tersebut.


faedah atau kebaikkan yang hampa akan dapat bila hampa solat.

pertama sekali mestilah hampa akan dikurniakan pahala. pahala ni adalah benda yang samiyat iaitu benda ghaib yang kita semua tak nampak.

yang kedua,allah akan permudahkan segala urusan seseorang tu didunia ngan akhirat. hampa semua
akan rasa tenang untuk menjalani kehidupan seharian hampa. tak ada serabut, tak ada masalah.

akhir sekali solat dapat menghapuskan dosa dan dapat jauhkan diri hampa dari perbuatan keji.
Allah berfirman" sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45])" . contoh dosa kecil yang pernah kita lakukan adalah tidak sengaja melihat aurat perempuan, ataupun terlepas cakap benda yang tidak mendatangkan manfaaat.

kesimpulannya, solat tu adalah benda wajib. tuhan siap bagi rukhsah dalam solat ini supaya tak membebankan hambanya. contohnya kalau pergi bermusafir boleh dirikan solat jamak dan qosor. ataupun tidak berkemampuan untuk berdiri bagi menunaikan solat, solat secara duduk pon boleh asalkan hang solat. tu pon ada yang tak buat. tak teringgin ka nak jadi hamba Allah yang bersyukur.


so sampai disini sahaja blog aku
aku berharap kita semua dirahmati oleh Allah atas segala usaha kita bagi menegakkan syariat solat ini.

sukan bola

assalamualaikum dan selamat sejahtera.


berjumpa kita sekali lagi dalam blog aku.
disebabkan aku orang kedah, maka loghat utara mungkin diselitkan sedikit

seperti biasa aku akan mulakan blog aku dengan serangkap pantun...


pergi kelaut bersama nini
menangkap ikan menggunakan jala
kebanyakan lelaki suka tajuk ini
tajuk blog aku harini tentang sukan bola



menurut wikipedia sukan adalah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. 

so harini aku nak cerita pasal sukan bola. sukan bola ini adalah sukan yang dipertandingkan secara berkumpulan. setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain utama dan 5 dan 6 orang sebagai pemain simpanan. tempoh masa permainan sukan ini adalah 90 minit. so 45 minit pada separuh masa pertama dan 45 minit lagi pada separuh masa kedua. sukan bola ini bagi aku agak ganas disebabkan player bola akan bertindak aggresif untuk mengawal bola. kadang- kadang sampai menyebabkan pendarahan atau luka atau lagi terok adalah patah. contohnya ronaldo. time muka dia berdarah sewaktu game real madrid. dia disiku oleh gang lawan dan menyebabkan kening dia luka.


banyak faedah yang diperolehi dari sukan ini. yang pertama sekali mestilah badan kita akan sihat. bila hampa semua bermain bola, seluruh tubuh hampa akan digunakan. so kita akan mengeluarkan peluh dan akan menyihatkan badan.

yang kedua kita akan mengeratkan hubungan silaturahim. hal ini kerana sukan bola ini adalah sukan yang dimainkan secara kumpulan. so kita akan berinteraksi dengan team kita ataupun team lawan. kita juga dapat mengenali rakan baru dan dapat menambah koleksi nombor di handphone kita. HAHAHAHA.

akhir sekali kita dapat mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. kita juga dapat menghindari diri daripada melakukan perkara yang membuang masa dan mungkin perkara negatif.misalnya pengambilan dadah ataupon bermain handphone secara berlebihan yang mungkin menyebabkan penyakit dan tidak bersosial dengan persekitaran luar.

so sukan ni banyak mendatangkan faedah. so sibukkan diri hampa semua dengan sukan. bawa berhenti la dengan permainan game dalam smart phone tu atau menonton drama korea yang bagi aku tak ada faedah langsung.

so sampai disini sahaja blog aku,
maju lah sukan untuk negara