assalamualaikum dan selamat sejahtera.
berjumpa lagi kita pada harini.
seperti biasa sebelum aku start blog ni, aku akan bagi hampa semua pantun
pergi kehutan menahan jerat
sambil memetik tumbuhan yang subur
tajuk blog harini tentang solat
sebab perkara ini akan disoal didalam kubur
ok... solat merupakan tiang agama didalam islam. solat juga merupakan rukun islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. hukum mengerjakan solat adalah wajib, so bagi sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja akan mendapat dosa. dalam kehidupan seharian,hanya 5 waktu sahaja yang perlu kita dirikan. contohnya subuh, zohor, asar,magrib, dan isyak. 5 waktu ja pon, tu pon ada juga orang yang tinggalkan solat. padahal tiada seruan yang lebih penting melainkan seruan menunaikan solat .kadang -kadang disebabkan leka dengan bermain handphone sampai ada yang tertinggal solat ataupon melewatkan solat. akhir zaman katakan.
sejarah tentang solat bermulanya dengan nabi Muhammad di mikraj ke langit ke 7. pada awalnya Allah telah memerintahkan nabi untuk mengerjakan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. lalu baginda turun ke langit ke 6 dan berjumpa dengan nabi Musa. nabi Musa menyuruh baginda untuk naik semula ke langit ke 7 bagi meminta pengurangan kuantiti solat kerana umat nabi Musa pon tak mampu untuk beribadat sebegitu apatah lagi umat baginda Muhammad. akhirnya setelah beberapa kali naik dan turun, termaktublah bahawa solat fardu sebanyak 5 waktu sahaja. itu pon ramai tak mengerjakan ibadat tersebut.
faedah atau kebaikkan yang hampa akan dapat bila hampa solat.
pertama sekali mestilah hampa akan dikurniakan pahala. pahala ni adalah benda yang samiyat iaitu benda ghaib yang kita semua tak nampak.
yang kedua,allah akan permudahkan segala urusan seseorang tu didunia ngan akhirat. hampa semua
akan rasa tenang untuk menjalani kehidupan seharian hampa. tak ada serabut, tak ada masalah.
akhir sekali solat dapat menghapuskan dosa dan dapat jauhkan diri hampa dari perbuatan keji.
Allah berfirman" sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45])" . contoh dosa kecil yang pernah kita lakukan adalah tidak sengaja melihat aurat perempuan, ataupun terlepas cakap benda yang tidak mendatangkan manfaaat.
kesimpulannya, solat tu adalah benda wajib. tuhan siap bagi rukhsah dalam solat ini supaya tak membebankan hambanya. contohnya kalau pergi bermusafir boleh dirikan solat jamak dan qosor. ataupun tidak berkemampuan untuk berdiri bagi menunaikan solat, solat secara duduk pon boleh asalkan hang solat. tu pon ada yang tak buat. tak teringgin ka nak jadi hamba Allah yang bersyukur.
so sampai disini sahaja blog aku
aku berharap kita semua dirahmati oleh Allah atas segala usaha kita bagi menegakkan syariat solat ini.
No comments:
Post a Comment