Sunday, December 8, 2019

sejarah masjid zahir, Kedah

assalamualaikum gang
berjumpalagi kita di blog aku.
disebabkan aku orang Kedah,
so harini aku nak cerita sedikit tentang antara salah satu lambang keunikkan di kedah iaitu masjid zahir.


Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.

Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Tapak masjid pada asalnya telah didirikan sebuah masjid lama yang diperbuat daripada kayu dan nipah yang telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II pada tahun 1735.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.



Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Akhir sekali, bangunan utama masjid, turut diletakkan meriam-meriam yang diambil dari Kota Kuala Kedah yang disusun di laluan Sultan iaitu di bahagian kanan masjid. Masjid Zahir pernah mengalami proses pembesaran, iaitu kali pertama pada tahun 1960 dan kali kedua pada tahun 1975.

Sampai disini sahaja penulisan aku
moga kita berjumpa lagi pada masa hadapan
Assalamualaikum

punca berlakunya kemalangan

assalamualaikum n hi gang
berjumpa kita dalam blog aku
seperti biasa aku akan mulakan blog dengan sebuah pantun

Lemak manis bubur keladi,
Bubur nasi didalam belanga;
Nahas di jalan raya satu tragedi,
Sikap cuai sebab utama.

 
Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku setiap hari. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran sivik yang rendah dan kurang keprihatinan para pengguna jalan raya telah meningkatkan tragedi kemalangan di jalan raya pada setiap hari. Hal ini telah membawa kerugian yang besar dari segi kehilangan nyawa dan harta benda. 

Sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencetuskan kemalangan. Contohnya, pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Ini bukan sahaja membahayakan pengguna itu sendiri, malahan melibatkan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.

Sikap tidak bertimbang rasa sesetengah pemandu turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. Apabila seseorang itu bergegas ke destinasi yang ditujuinya, dia akan menyelit  keluar masuk sesuka hati. Sikap suka memotong cara ini boleh menyebabkan kenderaan lain terpaksa membrek secara mendadak untuk memberi laluan. Ini menyebabkan kemalangan apabila seseorang itu tidak sempat memberhentikan keretanya.


Di samping itu, terdapat faktor lain yang turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. Keadaan jalan raya yang licin semasa hujan menyebabkan kegelinciran mudah berlaku. Ini menimbulkan kesukaran kepada pemandu untuk mengawal kenderaannya. raya yang tidak bermutu, misalnya sempit dan bengkang-bengkok juga menyebab kemalangan.

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Oleh itu, orang ramai harus memberikan kerjasama yang sewajarnya mengatasi masalah ini. Sikap tidak bersopan di jalan raya harus disingkirkan segera kerana `sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

kesan kemasukan pendatang asing di Malaysia

assalamualaikum semua
berjumpa kita di blog aku.
seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan pantun

Buah Mangga Masak Ranum
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Pendatang Asing Dah Sedia Maklum
Penduduk Dalam Kesusahan



Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

Penyakit-penyakit berbahaya akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Keselamatan sosial juga merupakan kesan pendatang asing. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

kesimpulannya kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

banjir kilat

assalamualaikum
berjumpa lagi kita di blog aku
disebbkan sekarang musim banjir
so harini aku nak share tentang bencana banjir
selamat membaca gang....
Pandu motor meredah banjir
Lampu tak pasang bertopi tidak
Walaupun bencana dilanda banjir
Keselamatan jangan dilupa tidak
 
 
 Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.
 
Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat.
 
Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat. 
 
 

Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan. 
 
berwaspadalah sewaktu berlakunya bencana banjir kilat ini
 

Sunday, December 1, 2019

internet???

assalamualaikum kawan-kawan
berjumpa lagi kita di blog aku
seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan pantun


kereta mewah kereta lamborghini,
membawa melancong sampai ke Jeddah,
bnyk kegunaan internet pada masa kini,
gunalah ia secara berfaedah

tajuk harini berkaitan tentang internet
selamat membaca gang!!!


Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia. Oleh itu, terdapat kebaikan dan keburukan internet untuk pengguna sekarang.

Antara kebaikan internet adalah merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah  ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan. 

Selain itu, Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensiagensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.


Disamping itu, internet juga mempunyai keburukan tersendiri. Antara keburukan internet adalah internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa.

Akhir sekali, keburukan internet kepada remaja adalah bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan.  Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Selain itu juga, internet juga menyebabkan pelajar membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.  Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.

Itu sahaja dari aku
jumpa lagi gang....

pengangguran siswazah

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

berjumpa lagi kita pada harini.
seperti biasa sebelum aku start blog ni, aku akan bagi hampa semua serangkap pantun


niat dihati ingin menjad raja,
tetapi raja cumalah seorang,
janganlah korang memilih kerja,
nnti tak kemanalah korang.


Bilangan siswazah yang menganggur di negara kita semakin bertambah. Salah itu punca itu ialah siswazah menginginkan gaji yang tinggi yang bersesuaian dengan kelayakan mereka meskipun mereka tidak mempunyai pengalaman kerja.  Oleh itu , mereka tidak mahu memohon jawatan yang menawarkan gaji yang rendah.  Mereka sanggup menganggur daripada bekerja dengan menerima gaji yang rendah.

Selain itu, terdapat siswazah yang terlalu memilih pekerjaan.  Mereka hanya mahu membuat kerja yang sesuai dengna kelayakan mereka supaya tidak menjejaskan imej mereka.  Oleh itu, mereka tidak mahu menerima kerja kolar biru atau kerja di ladang-ladang walaupun ada kekosongan.


Di samping itu,  terdapat siswazah yang bersikap selektif tentang syarikat tempat mereka bekerja.  Mereka hanya memilih syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh.  Dari satu sudut, pemilihan begini memang wajar bagi menentukan kestabilan pekerjaan mereka tetapi hakikatnya amat sukar untuk mereka memperoleh pekerjaan di syarikat berkenaan kerana kekurangan pengalaman.


  Seterusnya, pengangguran dalam kalangan siswazah juga berlaku kerana kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi.  Siswazah tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin semasa temu duga.  Hal ini diburukkan lagi oleh ketidakupayaan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.  Hal inilah yang menyebabkan kebanyakan siswazah gagal mendapat pekerjaan.

kesimpulannya, pada era zaman kini, mendapatkan pekerjaan yang diingini agak susah. oleh itu para siswazah janganlah terlalu memilih kerja dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.

Denggi

asslamualaikum kwn-kwn
oleh disebabkan aku pernah menghidap penyakit demam denggi
so, aku nak cerita tentang apa itu denggi dan cara untuk mencegah denggi.
so  aku start  dengan serangkap pantun lagi. HAHAHA

Bermain-main di tepi paya,
Bersambung pula di tepi perigi
Nyamuk aedes mengundang bahaya,
Boleh membawa penyakit denggi.


Deman denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan seseorang menjadi sakit tenat atau maut.

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima atau enam hari gigitan nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam.

 Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan.  Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Membela ikan di dalam kolam ikan dapat juga mengurangkan pembiakan jentik-jentik. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup atau ditukar airnya.



Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Selain itu, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh
menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di
luar rumah pula, kita harus kerap meminta pihak berkuasa untuk mengadakan semburan
kabus untuk membunuh nyamuk.

Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan
pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama
dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.