Merokok amalan yang tidak baik. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatann badan. Oleh itu, amalan merokok banyak mendatangkan kesan buruk.
Assalamualaikum dan berjumpa lagi kita di blog aku.
harini aku nak cerita tentang keburukan merokok.
seperti biasa aku mulakan dengan pantun...hehehehe
orang mengidam nak mkn jeruk,
mkn bersama ayah dan mama,
rokok banyak kesan yang buruk,
oleh itu tinggal ia demi kesihatan bersama
Salah satu kesan buruk itu ialah merokok mengakibatkan penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh merokok ialah kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada bahan kimia seperti tar, ammonia, dan arsenik yang terkandung dalam asap rokok. Penyakit ini mat berbahaya dan boleh membawa maut.
Selain itu , merokok akan menyebabkan ketagihan. Ketagihan berpunca daripada nikotina dalam asap rokok. Seseorang yang ketagiah rokok akan berasa letih dan murung jika tidak merokok. Tangannya akan menggeletar dan degupan jantung menjadi lebih laju. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukannya.
Di samping itu, merokok juga menjejaskan personaliti perokok. Nafasnya, rambutnya dan pakaiannya berbau asap rokok. Giginya berwarna kuning atau perang kerana dikesani oleh nikotina dalam asap rokok. Hal ini menyebabkan orang lain berasa kurang selesa apabila berdekatan dengannya.
Seterusnya, merokok membazirkan wang. Hal ini kerana harga rokok sangat mahal, contohnya, sekotak rokok berisi 20 batang rokok berharga RM 10.00. Jika perokok menghisap dua kotak rokok seharai dia membazirkan RM 20.00 sehari untuk menikmati sesuatu yang bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga memudaratkan kesihatannya.
Kesimpulannya, amalan merokok tabiat yang buruk. Jauhilah amalan merokok demi menjaga kesihatan badan.
No comments:
Post a Comment