oleh disebabkan aku pernah menghidap penyakit demam denggi
so, aku nak cerita tentang apa itu denggi dan cara untuk mencegah denggi.
so aku start dengan serangkap pantun lagi. HAHAHA
Bermain-main di tepi paya,
Bersambung pula di tepi perigi
Nyamuk aedes mengundang bahaya,
Boleh membawa penyakit denggi.
Deman denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan seseorang menjadi sakit tenat atau maut.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima atau enam hari gigitan nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam.
Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Membela ikan di dalam kolam ikan dapat juga mengurangkan pembiakan jentik-jentik. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup atau ditukar airnya.
Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Selain itu, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh
menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di
luar rumah pula, kita harus kerap meminta pihak berkuasa untuk mengadakan semburan
kabus untuk membunuh nyamuk.
Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan
pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama
dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.
No comments:
Post a Comment