berjumpa lagi kita di blog aku
disebbkan sekarang musim banjir
so harini aku nak share tentang bencana banjir
selamat membaca gang....
Pandu motor meredah banjir
Lampu tak pasang bertopi tidak
Walaupun bencana dilanda banjir
Keselamatan jangan dilupa tidak
Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.
Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah
di merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam
longkang, parit dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan
longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam
longkang, parit dan sungai akan tersekat.
Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak
sempurna. Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit
juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan
banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan
tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku
di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah
bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat.
Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek
perumahan. Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar.
Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga
membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap
djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa
binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun
dengan lebatnya.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.
berwaspadalah sewaktu berlakunya bencana banjir kilat ini
No comments:
Post a Comment