Sunday, December 8, 2019

punca berlakunya kemalangan

assalamualaikum n hi gang
berjumpa kita dalam blog aku
seperti biasa aku akan mulakan blog dengan sebuah pantun

Lemak manis bubur keladi,
Bubur nasi didalam belanga;
Nahas di jalan raya satu tragedi,
Sikap cuai sebab utama.

 
Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku setiap hari. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran sivik yang rendah dan kurang keprihatinan para pengguna jalan raya telah meningkatkan tragedi kemalangan di jalan raya pada setiap hari. Hal ini telah membawa kerugian yang besar dari segi kehilangan nyawa dan harta benda. 

Sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencetuskan kemalangan. Contohnya, pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Ini bukan sahaja membahayakan pengguna itu sendiri, malahan melibatkan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.

Sikap tidak bertimbang rasa sesetengah pemandu turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. Apabila seseorang itu bergegas ke destinasi yang ditujuinya, dia akan menyelit  keluar masuk sesuka hati. Sikap suka memotong cara ini boleh menyebabkan kenderaan lain terpaksa membrek secara mendadak untuk memberi laluan. Ini menyebabkan kemalangan apabila seseorang itu tidak sempat memberhentikan keretanya.


Di samping itu, terdapat faktor lain yang turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. Keadaan jalan raya yang licin semasa hujan menyebabkan kegelinciran mudah berlaku. Ini menimbulkan kesukaran kepada pemandu untuk mengawal kenderaannya. raya yang tidak bermutu, misalnya sempit dan bengkang-bengkok juga menyebab kemalangan.

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Oleh itu, orang ramai harus memberikan kerjasama yang sewajarnya mengatasi masalah ini. Sikap tidak bersopan di jalan raya harus disingkirkan segera kerana `sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

No comments:

Post a Comment