assalamualaikum gang
berjumpalagi kita di blog aku.
disebabkan aku orang Kedah,
so harini aku nak cerita sedikit tentang antara salah satu lambang keunikkan di kedah iaitu masjid zahir.
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.
Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Tapak masjid pada asalnya telah didirikan sebuah masjid lama yang diperbuat daripada kayu dan nipah yang telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II pada tahun 1735.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.
Akhir sekali, bangunan utama masjid, turut diletakkan meriam-meriam yang diambil dari Kota Kuala Kedah yang disusun di laluan Sultan iaitu di bahagian kanan masjid. Masjid Zahir pernah mengalami proses pembesaran, iaitu kali pertama pada tahun 1960 dan kali kedua pada tahun 1975.
Sampai disini sahaja penulisan aku
moga kita berjumpa lagi pada masa hadapan
Assalamualaikum
Sunday, December 8, 2019
punca berlakunya kemalangan
assalamualaikum n hi gang
berjumpa kita dalam blog aku
seperti biasa aku akan mulakan blog dengan sebuah pantun
berjumpa kita dalam blog aku
seperti biasa aku akan mulakan blog dengan sebuah pantun
Lemak manis bubur keladi,
Bubur nasi didalam belanga;
Nahas di jalan raya satu tragedi,
Sikap cuai sebab utama.
Bubur nasi didalam belanga;
Nahas di jalan raya satu tragedi,
Sikap cuai sebab utama.
Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku setiap hari. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran sivik yang rendah dan kurang keprihatinan para pengguna jalan raya telah meningkatkan tragedi kemalangan di jalan raya pada setiap hari. Hal ini telah membawa kerugian yang besar dari segi kehilangan nyawa dan harta benda.
Sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencetuskan kemalangan. Contohnya, pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Ini bukan sahaja membahayakan pengguna itu sendiri, malahan melibatkan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.
Sikap tidak bertimbang rasa sesetengah pemandu turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. Apabila seseorang itu bergegas ke destinasi yang ditujuinya, dia akan menyelit keluar masuk sesuka hati. Sikap suka memotong cara ini boleh menyebabkan kenderaan lain terpaksa membrek secara mendadak untuk memberi laluan. Ini menyebabkan kemalangan apabila seseorang itu tidak sempat memberhentikan keretanya.
Di samping itu, terdapat faktor lain yang turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. Keadaan jalan raya yang licin semasa hujan menyebabkan kegelinciran mudah berlaku. Ini menimbulkan kesukaran kepada pemandu untuk mengawal kenderaannya. raya yang tidak bermutu, misalnya sempit dan bengkang-bengkok juga menyebab kemalangan.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Oleh itu, orang ramai harus memberikan kerjasama yang sewajarnya mengatasi masalah ini. Sikap tidak bersopan di jalan raya harus disingkirkan segera kerana `sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

kesan kemasukan pendatang asing di Malaysia
assalamualaikum semua
berjumpa kita di blog aku.
seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan pantun
berjumpa kita di blog aku.
seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan pantun
Buah Mangga Masak Ranum
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Pendatang Asing Dah Sedia Maklum
Penduduk Dalam Kesusahan
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Pendatang Asing Dah Sedia Maklum
Penduduk Dalam Kesusahan
Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Penyakit-penyakit berbahaya akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Keselamatan sosial juga merupakan kesan pendatang asing. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
kesimpulannya kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
banjir kilat
assalamualaikum
berjumpa lagi kita di blog aku
disebbkan sekarang musim banjir
so harini aku nak share tentang bencana banjir
selamat membaca gang....
berjumpa lagi kita di blog aku
disebbkan sekarang musim banjir
so harini aku nak share tentang bencana banjir
selamat membaca gang....
Pandu motor meredah banjir
Lampu tak pasang bertopi tidak
Walaupun bencana dilanda banjir
Keselamatan jangan dilupa tidak
Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.
Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah
di merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam
longkang, parit dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan
longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam
longkang, parit dan sungai akan tersekat.
Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak
sempurna. Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit
juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan
banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan
tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku
di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah
bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat.
Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek
perumahan. Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar.
Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga
membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap
djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa
binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun
dengan lebatnya.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.

berwaspadalah sewaktu berlakunya bencana banjir kilat ini
Sunday, December 1, 2019
internet???
assalamualaikum kawan-kawan
berjumpa lagi kita di blog aku
seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan pantun
berjumpa lagi kita di blog aku
seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan pantun
kereta mewah kereta lamborghini,
membawa melancong sampai ke Jeddah,
bnyk kegunaan internet pada masa kini,
gunalah ia secara berfaedah
tajuk harini berkaitan tentang internet
selamat membaca gang!!!
Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia. Oleh itu, terdapat kebaikan dan keburukan internet untuk pengguna sekarang.
Antara kebaikan internet adalah merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.
Selain itu, Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensiagensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.
Disamping itu, internet juga mempunyai keburukan tersendiri. Antara keburukan internet adalah internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa.
Akhir sekali, keburukan internet kepada remaja adalah bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Selain itu juga, internet juga menyebabkan pelajar membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.
Itu sahaja dari aku
jumpa lagi gang....
pengangguran siswazah
assalamualaikum dan selamat sejahtera.
berjumpa lagi kita pada harini.
seperti biasa sebelum aku start blog ni, aku akan bagi hampa semua serangkap pantun
berjumpa lagi kita pada harini.
seperti biasa sebelum aku start blog ni, aku akan bagi hampa semua serangkap pantun
niat dihati ingin menjad raja,
tetapi raja cumalah seorang,
janganlah korang memilih kerja,
nnti tak kemanalah korang.
Bilangan siswazah yang menganggur di negara kita semakin bertambah. Salah itu punca itu ialah siswazah menginginkan gaji yang tinggi yang bersesuaian dengan kelayakan mereka meskipun mereka tidak mempunyai pengalaman kerja. Oleh itu , mereka tidak mahu memohon jawatan yang menawarkan gaji yang rendah. Mereka sanggup menganggur daripada bekerja dengan menerima gaji yang rendah.
Selain itu, terdapat siswazah yang terlalu memilih pekerjaan. Mereka hanya mahu membuat kerja yang sesuai dengna kelayakan mereka supaya tidak menjejaskan imej mereka. Oleh itu, mereka tidak mahu menerima kerja kolar biru atau kerja di ladang-ladang walaupun ada kekosongan.

Di samping itu, terdapat siswazah yang bersikap selektif tentang syarikat tempat mereka bekerja. Mereka hanya memilih syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh. Dari satu sudut, pemilihan begini memang wajar bagi menentukan kestabilan pekerjaan mereka tetapi hakikatnya amat sukar untuk mereka memperoleh pekerjaan di syarikat berkenaan kerana kekurangan pengalaman.
Seterusnya, pengangguran dalam kalangan siswazah juga berlaku kerana kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi. Siswazah tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin semasa temu duga. Hal ini diburukkan lagi oleh ketidakupayaan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hal inilah yang menyebabkan kebanyakan siswazah gagal mendapat pekerjaan.

kesimpulannya, pada era zaman kini, mendapatkan pekerjaan yang diingini agak susah. oleh itu para siswazah janganlah terlalu memilih kerja dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.
Denggi
asslamualaikum kwn-kwn
oleh disebabkan aku pernah menghidap penyakit demam denggi
so, aku nak cerita tentang apa itu denggi dan cara untuk mencegah denggi.
so aku start dengan serangkap pantun lagi. HAHAHA
oleh disebabkan aku pernah menghidap penyakit demam denggi
so, aku nak cerita tentang apa itu denggi dan cara untuk mencegah denggi.
so aku start dengan serangkap pantun lagi. HAHAHA
Bermain-main di tepi paya,
Bersambung pula di tepi perigi
Nyamuk aedes mengundang bahaya,
Boleh membawa penyakit denggi.
Deman denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan seseorang menjadi sakit tenat atau maut.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima atau enam hari gigitan nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam.
Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Membela ikan di dalam kolam ikan dapat juga mengurangkan pembiakan jentik-jentik. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup atau ditukar airnya.
Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Selain itu, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh
menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di
luar rumah pula, kita harus kerap meminta pihak berkuasa untuk mengadakan semburan
kabus untuk membunuh nyamuk.
Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan
pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama
dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.
keburukan merokok
Merokok amalan yang tidak baik. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatann badan. Oleh itu, amalan merokok banyak mendatangkan kesan buruk.
Assalamualaikum dan berjumpa lagi kita di blog aku.
harini aku nak cerita tentang keburukan merokok.
seperti biasa aku mulakan dengan pantun...hehehehe
orang mengidam nak mkn jeruk,
mkn bersama ayah dan mama,
rokok banyak kesan yang buruk,
oleh itu tinggal ia demi kesihatan bersama
Salah satu kesan buruk itu ialah merokok mengakibatkan penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh merokok ialah kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada bahan kimia seperti tar, ammonia, dan arsenik yang terkandung dalam asap rokok. Penyakit ini mat berbahaya dan boleh membawa maut.
Selain itu , merokok akan menyebabkan ketagihan. Ketagihan berpunca daripada nikotina dalam asap rokok. Seseorang yang ketagiah rokok akan berasa letih dan murung jika tidak merokok. Tangannya akan menggeletar dan degupan jantung menjadi lebih laju. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukannya.
Di samping itu, merokok juga menjejaskan personaliti perokok. Nafasnya, rambutnya dan pakaiannya berbau asap rokok. Giginya berwarna kuning atau perang kerana dikesani oleh nikotina dalam asap rokok. Hal ini menyebabkan orang lain berasa kurang selesa apabila berdekatan dengannya.
Seterusnya, merokok membazirkan wang. Hal ini kerana harga rokok sangat mahal, contohnya, sekotak rokok berisi 20 batang rokok berharga RM 10.00. Jika perokok menghisap dua kotak rokok seharai dia membazirkan RM 20.00 sehari untuk menikmati sesuatu yang bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga memudaratkan kesihatannya.
Kesimpulannya, amalan merokok tabiat yang buruk. Jauhilah amalan merokok demi menjaga kesihatan badan.
malaysia kini?????
assalamualaikum dan berjumpa kita lagi di blog aku.
so gng harini aku ingin share skit maklumat berkenaan isu hangat di Malaysia.
kali ini tak ada pantun utk korang...hehehehhe
cerita dia mcm ni.....
Insiden mengaibkan hampir berlaku membabitkan Jalur Gemilang hari ini ketika kontinjen negara meraikan kejayaan Malaysia menggapai pingat emas Sukan SEA Manila. Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, kejadian berlaku selepas berakhir acara wushu taijiquan. Atlet negara, Loh Choon How, mengungguli acara berkenaan. Ketika Jalur Gemilang dipersiapkan untuk dinaikkan bersama iringin lagu Negaraku, beberapa pegawai Kementerian Belia dan Sukan sempat mengesan kesilapan pada bendera tersebut. Menurut Sim, ekoran kejanggalan pada Jalur Gemilang itu, pegawai Malaysia - termasuk Ketua Kontijen, Megat Zulkarnain Omardin, dan timbalannya, Ahmad Faedzal, meminta agar bendera itu digantikan.
Jalur Gemilang yang betul kemudian dipasang sendiri oleh mereka sebelum majlis penghormatan tersebut bermula. “Semasa majlis penyampaian hadiah acara wushu taijiquan yang menyaksikan Malaysia memenangi pingat emas yang pertama Sukan SEA Manila, berlaku peristiwa yang hampir-hampir memalukan negara. “Pihak penganjur di Manila menggunakan Jalur Gemilang yang salah di podium. Ahli parlimen Bukit Mertajam menyatakan hanya selepas bendera yang betul dipasang, majlis tersebut dijalankan.Difahamkan, bendera asal yang mahu dinaikkan penganjur memaparkan petak biru yang melatari bulan dan bintang adalah tidak tepat seperti spesifikasi sepatutnya.
Pada 25 Nov lalu, semasa perasmian Kejohanan Bola Keranjang ke-28 di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia, Kuala Lumpur, bendera Malaysia dinaikkan mengiringi lagu Negaraku. Bagaimanapun bendera itu didapati cacat kerana hanya memaparkan bintang berbucu lima sedangkan ia sepatutnya berbucu 14. Pada 26 November di Kejohanan Piala Lum Mun Chak di tempat yang sama, turut tular gambar pemain Perak memakai jersi dengan bendera negeri dicetak terbalik.
so gang, adakah ini sengaja dibuat ataupun kesilapan teknikal.
biarlah pihak berkuasa menjalankan penyiasatan dan kita just tunggu saja.
jgn ckp lebih-lebih nnti jadi fitnah plk.
ok smpai situ sahaja blog aku kali dan jumpa lagi,
pencemaran alam sekitar
assalamualaikum dan berjumpa kita sekali lagi dalam blog aku.
Pencemaran merupakan perkara yang biasa di negara-negara membangun. Namun begitu, tidak semua pihak mengambil berat tentang pencemaran ini. Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar di alam sekitar yang menyebabkan kesan memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.
Terdapat pelbagai bentuk pencemaran antaranya pencemaran bunyi, air, udara, tanah dan lain-lain lagi. Pelbagai langkah yang telah dilaksanakan oelh pemimpim di seluruh negara termasuk pemimpin negara Jepun, Korea Selatan dan tidak lupa juga negara kita sendiri melaui pelbagai kempen yang dilakukan seperti Hari Bebas Plastik.
Namun begitu, pencemaran boleh terbahagi kepada 2 jenis, iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi yang disebabkan oleh kebakaran hutang atau letusan gunung berapa. Kedua pencemaran yang disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri. faktor ini merupakan faktor penyumbang terbesar kepada pencemaran yang berlaku di seluruh dunia. Hal ini kerana permintaan daripada barangan industri yang menyebabkan banyak kilang-kilang dibuka bagi memastikan kepuasan manusia dapat dipuaskan.
Penyumbang utama kepada pencemaran ini adalah dari perindustrian. Hal ini disebabkan oleh jumlah manusia semakin bertambah saban hari. Ini menyebbabkan keperluan manusia semakin tinggi dan banyak persekitaran yang terpaksa diteroka bagi menampung kehidupan seharian manusia. Conton pencemaran akibat dari sektor perindustrian ialah sisa kimia, asap dari kilang, sisa toksin dan pelbagai lagi yang telah mengancam kehidupan di sekitarnya termasuk juga manusia.
Kerosakan yang dilakukan akan membawa kepada kesan manusia juga itu sendiri. Sebagai contoh, pemanasan global yang berlaku disebabkan peningkatan suhu bumi di seluruh dunia. Selain kejadian banjir, taufan yang sering berlaku disebabkan perubahan suhu yang ketara. Selain itu, pencemaran boleh membawa kepada ancaman kesihatan manusia. Penyakit- penyakit yang berlaku akibat dari pencemaran air atau udara telah mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh, strok haba, keracunan air atau makanan.
Oleh itu, setiap negara di dunia ini perlu bekerjasama bagi memastikan pencemaran yang berlaku di dunia ini tidak terus berpanjangan bagi menjamin kehidupan yang sejahtera untuk generasi yang akan datang. Apabila banyak hidupan yang musnah akibat pencemaran, maka generasi hadapan akan tiada sumber untuk melakukan inovasi yang lebih baik terhadap kehidupan manusia.
itu sahaja untuk hari ni,
so berjumpa kita lagi.
Assalamualaikum
seperti biasa aku akan mulakan blog aku dengan pantun.
pergi peneng dgn alif satar
siggah mkn pasemboq di padang kota
janganlah kita membuat pencemaran alam sekitar
supaya tuhan tidak memberikan azab kepada kita

Saturday, November 9, 2019
Keburukan mee segera
Assalamualaikum
Berjumpa lagi kita di blog aimanwafi99
Seperti biasa aku akan mulakan blog ini dengan serangkap pantun...
Bakar ayam mnggunakan bara,
Harini aku nak cerita tentang mee segera
Mee segera tidak asing lagi dengan kehidupan para pelajar zaman kini. Mee segera menjadi makanan pelajar disebabkan mudah untuk dimasak dan faktor harganya yang mampu milik. Tabiat memakan mee segera secara berlebihan mengundang pelbagai masalah dan penyakit. Contohnya boleh mendatangkan kanser.
Dunia dikejutkan dengan seorang remaja dari Taiwan menghidap kanser perut akibat memakan mee segera secara berlebihan.Menurut laporan, remaja berkenaan mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat itu sejak dari sekolah menengah lagi. Selepas tamat dari sekolah menengah dan berjaya masuk ke universiti, dia mula menyedari sesuatu.
Dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti perut kembung, rasa loya dan sakit perut yang membuatkan keluarganya berasa risau dan bimbang akan keadaannya kerana tidak bertambah baik dari masa ke semasa.
Remaja itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Namun ahli keluarganya berasa terkejut apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser perut tahap kritikal. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk remaja itu bertahan lama adalah amat tipis kerana sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ yang lain.
Selepas bertarung dengan penyakit kanser selama kira-kira setahun lebih, remaja itu akhirnya meninggal dunia.
Selain itu juga, mee segera tidak elok untuk diamalkan sewaktu minggu peperiksaan. Hal ini kerana,ia akan menyebabkan otak menjadi lemah dan lembap. Hal ini menyebabkan kesukaran bagi pelajar untuk menghafal atau mengulang kaji mata pelajaran. Namun begitu, korang jangan menyalahkan mee segera menjadi penyebab korang fail dalam peperiksaan. Korang yang tak study tapi korang salahkan mee segera pulak. AMBOI !!!
Akhir sekali, bagi korang yang ingin diet, jangan lah sesekali memakan mee segera. Hal ini kerana,mee segera mempunyai jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan obesiti. Mee segera merupakan antara makanan yang susah untuk dihadam. Hal ini menyebabkan proses penghadaman tidak teratur dan menyebabkan berat badan anda akan meningkat.
Oleh itu, kurangkan lah makan mee segera. Makanlah makanan yang berzat agar tubuh badan tidak mudah diserang penyakit. Korang nak pakai tubuh badan korang tu bukan setahun dua tahun ja. So jaga lah tubuh badan anda dengan sebaik-baiknya kerana ia merupakan tanggungjawab anda yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Tuesday, October 1, 2019
solat itu wajib
assalamualaikum dan selamat sejahtera.
berjumpa lagi kita pada harini.
seperti biasa sebelum aku start blog ni, aku akan bagi hampa semua pantun
pergi kehutan menahan jerat
sambil memetik tumbuhan yang subur
tajuk blog harini tentang solat
sebab perkara ini akan disoal didalam kubur
ok... solat merupakan tiang agama didalam islam. solat juga merupakan rukun islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. hukum mengerjakan solat adalah wajib, so bagi sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja akan mendapat dosa. dalam kehidupan seharian,hanya 5 waktu sahaja yang perlu kita dirikan. contohnya subuh, zohor, asar,magrib, dan isyak. 5 waktu ja pon, tu pon ada juga orang yang tinggalkan solat. padahal tiada seruan yang lebih penting melainkan seruan menunaikan solat .kadang -kadang disebabkan leka dengan bermain handphone sampai ada yang tertinggal solat ataupon melewatkan solat. akhir zaman katakan.
sejarah tentang solat bermulanya dengan nabi Muhammad di mikraj ke langit ke 7. pada awalnya Allah telah memerintahkan nabi untuk mengerjakan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. lalu baginda turun ke langit ke 6 dan berjumpa dengan nabi Musa. nabi Musa menyuruh baginda untuk naik semula ke langit ke 7 bagi meminta pengurangan kuantiti solat kerana umat nabi Musa pon tak mampu untuk beribadat sebegitu apatah lagi umat baginda Muhammad. akhirnya setelah beberapa kali naik dan turun, termaktublah bahawa solat fardu sebanyak 5 waktu sahaja. itu pon ramai tak mengerjakan ibadat tersebut.
faedah atau kebaikkan yang hampa akan dapat bila hampa solat.
pertama sekali mestilah hampa akan dikurniakan pahala. pahala ni adalah benda yang samiyat iaitu benda ghaib yang kita semua tak nampak.
yang kedua,allah akan permudahkan segala urusan seseorang tu didunia ngan akhirat. hampa semua
akan rasa tenang untuk menjalani kehidupan seharian hampa. tak ada serabut, tak ada masalah.
akhir sekali solat dapat menghapuskan dosa dan dapat jauhkan diri hampa dari perbuatan keji.
Allah berfirman" sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45])" . contoh dosa kecil yang pernah kita lakukan adalah tidak sengaja melihat aurat perempuan, ataupun terlepas cakap benda yang tidak mendatangkan manfaaat.
kesimpulannya, solat tu adalah benda wajib. tuhan siap bagi rukhsah dalam solat ini supaya tak membebankan hambanya. contohnya kalau pergi bermusafir boleh dirikan solat jamak dan qosor. ataupun tidak berkemampuan untuk berdiri bagi menunaikan solat, solat secara duduk pon boleh asalkan hang solat. tu pon ada yang tak buat. tak teringgin ka nak jadi hamba Allah yang bersyukur.
so sampai disini sahaja blog aku
aku berharap kita semua dirahmati oleh Allah atas segala usaha kita bagi menegakkan syariat solat ini.

sukan bola
assalamualaikum dan selamat sejahtera.
berjumpa kita sekali lagi dalam blog aku.
disebabkan aku orang kedah, maka loghat utara mungkin diselitkan sedikit
seperti biasa aku akan mulakan blog aku dengan serangkap pantun...
menurut wikipedia sukan adalah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.
berjumpa kita sekali lagi dalam blog aku.
disebabkan aku orang kedah, maka loghat utara mungkin diselitkan sedikit
seperti biasa aku akan mulakan blog aku dengan serangkap pantun...
pergi kelaut bersama nini
menangkap ikan menggunakan jala
kebanyakan lelaki suka tajuk ini
tajuk blog aku harini tentang sukan bola
menurut wikipedia sukan adalah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.
so harini aku nak cerita pasal sukan bola. sukan bola ini adalah sukan yang dipertandingkan secara berkumpulan. setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain utama dan 5 dan 6 orang sebagai pemain simpanan. tempoh masa permainan sukan ini adalah 90 minit. so 45 minit pada separuh masa pertama dan 45 minit lagi pada separuh masa kedua. sukan bola ini bagi aku agak ganas disebabkan player bola akan bertindak aggresif untuk mengawal bola. kadang- kadang sampai menyebabkan pendarahan atau luka atau lagi terok adalah patah. contohnya ronaldo. time muka dia berdarah sewaktu game real madrid. dia disiku oleh gang lawan dan menyebabkan kening dia luka.
banyak faedah yang diperolehi dari sukan ini. yang pertama sekali mestilah badan kita akan sihat. bila hampa semua bermain bola, seluruh tubuh hampa akan digunakan. so kita akan mengeluarkan peluh dan akan menyihatkan badan.
yang kedua kita akan mengeratkan hubungan silaturahim. hal ini kerana sukan bola ini adalah sukan yang dimainkan secara kumpulan. so kita akan berinteraksi dengan team kita ataupun team lawan. kita juga dapat mengenali rakan baru dan dapat menambah koleksi nombor di handphone kita. HAHAHAHA.
akhir sekali kita dapat mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. kita juga dapat menghindari diri daripada melakukan perkara yang membuang masa dan mungkin perkara negatif.misalnya pengambilan dadah ataupon bermain handphone secara berlebihan yang mungkin menyebabkan penyakit dan tidak bersosial dengan persekitaran luar.
so sukan ni banyak mendatangkan faedah. so sibukkan diri hampa semua dengan sukan. bawa berhenti la dengan permainan game dalam smart phone tu atau menonton drama korea yang bagi aku tak ada faedah langsung.
so sampai disini sahaja blog aku,
maju lah sukan untuk negara
Sunday, September 29, 2019
aku wafi
Ahad, 29 September 2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Aku mulakan blog ini dengan serangkap pantun...
bawak kereta laju-laju kena saman,
bila bayar habis duit saku,
ini blog tak ada kena mengena dengan akhir zaman,
tapi ini blog cerita pasal biodata aku.
Nama aku Muhammad Aiman Wafi bin Ahmad Dzulkarnain. Umur 20 tahun. Aku dilahirkan di Pahang tetapi aku dibesarkan di Kedah. Aku menetap di Sik, Kedah. Aku ada 4 adik beradik dan aku yang bongsu. Disebabkan aku dibesarkan di Kedah, aku akan menambah loghat utara di dalam blog aku ini.
Ok sekarang aku nak cerita tentang pengajian aku pulak.
Dari tahun 2007 hingga 2012 aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Chepir. Sekolah aku tu dekat ja dengan rumah aku. Kiranya kalau aku jalan kaki mungkin dalam 10 minit. Time sekolah rendah, aku antara top 10 pelajar paling bijak. HAHAHAHAHA...Kiranya aku ini antara golongan yang berpotensi nak dapatkan 5A time UPSR la...tapi itu la, aku dapat 4A 1B ja...subjek matematik aku dapat B. Mungkin sebab aku selalu 'fly' kelas tambahan mungkin.
dengan keputusan sebegitu, aku ditawarkan pengajian di maktab mahmud alor setar. sekolah ini beraliran agama. sebenarnya aku tak nak masuk tetapi setelah dipaksa setiap hari setiap malam oleh mak bapak aku, last-last aq masuk juga. ada 7 blok kesemuanya di maktab mahmud. blok 1 hingga 4 adalah blok lelaki dan selebihnya blok perempuan. so kalau nak berjumpa perempuan time perhimpunan atau ada event tertentu. so sekali jumpa perempuan memang akan jadi jakun la..hahahahhahah. time di maktab mahmud aku juga antara top 10 pelajar yang dikenali tapi bukan disebabkan akedemi tapi sebab aku kerap masuk pejabat. hahahahhahahha. memang aku kena cop muka wanted ngan pelajar bermasalah. mungkin disebabkan aku selalu ponteng kelas dan kerap habiskan waktu di cyber cafe.sebatan, tampar dimuka tu macam perkara biasa bagi aku.disebabkan aku banyak bermain, akhirnya result SPM aku tak berapa bagus. so aku sambung belajar di peringkat STPM.
Sewaktu belajar di STPM, aku cuba jadi budak yang low profile. mungkin sebab mak cik aku ada disitu sebagai tenaga pengajar. korang try la bayangkan, kalau aku timbulkan masalah confirm mak cik aku terus report kepada mak bapak aku. disebabkan kelakuan baik aku seperti orang yang beriman,result STPM aku agak memberangsangkan walaupon cukup-cukup makan. result STPM yang aku dapat hanya 3.10. walaupon ala kadar, aku tetap bersyukur atas nikmat tersebut. lain la macam korang, dapat tinggi dari aku tak bersyukur dan mengeluh. ' apasal tak dapat 4flat, punya la study siang malam, dapat ini ja? lantak korang la. so berbekalkan 3.10 aku dapat menyambung pengajian ke peringkat ijazah muda. dan aku ditawarkan penagjian di UKM.
sebenarnya aku tak mengharap untuk sambung belajar di UKM, sebab aku sedar pointer aku cukup-cukup makan. tapi cikgu aku suruh juga isi UKM dalam Upu. so aku redho ja la. first choise aku sebenarnya UPSI. aku memang nak jadi tenaga pengajar tapi aku gagal dalam ujian MEDSI. so hasrat aku terkubur begitu sahaja. reaksi aku bila aku dapat tahu aku dapat sambung belajar di UKM memang terkejut level 44 dan tak percaya la. sebab kebanyakkan kawan aku yang pointer lagi tinggi dari aku tak ditawarkan di UKM. HAHAHAHAHA. sapa suruh korang tak bersyukur sangat. bila aku sampai di UKM ni memang jadi kejutan budaya. bayangkan budak kampung masuk bandar. so perjalanan aku di UKM masih jauh dan panjang. kalau diberikan masa aku akan update cerita tentang aku di UKM.
GERAK DULU PAPA ROGER LAIN
ASSALAMUALAIKUM.

Subscribe to:
Posts (Atom)